Tuesday, November 11, 2008

MARAH

Pagi dia marah. Petang pun marah. Nasiblah waktu malam tidak bekerja. Jika tidak, pasti dia marah juga. Kenapa mesti marah-marah? Bongkak! Sombong! Ego! Nak tunjuk ada kuasa! Puh, boleh jalanlah...kita ini manusia yang diberi akal oleh Allah. Bukan haiwan yang tinggal di Belantara ~ yang punya undang-undang boleh buat apa saja( hatta membunuh sekalipun). Barangkali orang yang suka marah-marah ini adalah orang yang sakit jiwa: jika tak marah satu hari, barangkali dia akan mati.

Kemarahannya kadang-kadang tak dapat dikawal. Pantang salah sikit, mulalah dia berleter lalu keluarlah kata-kata kesat yang tak enak didengar. Sumpah seranahnya berjela-jela.

"Apa dah jadi, " herdiknya

Sepi. Tak siapa berani angkat muka. Semua membatu, kecut perut.

"You all tak ada telinga ke?"

Suatu suara halus yang tak terduga tiba-tiba mencelah, seolah-olah mendapat sedikit keberanian.

"Bukan tak dengar, cuma malas nak jawab!"

"Apa? jerkahnya. Bertambah berang. cakap! cakap! kenapa boleh jadi begini. Bodoh macam lembu, Penakut macam tikus. Macam mana nak jadi manusia, manusia mesti berani"

"Berani macam tuan, boleh buat apa saja. Marah tak tentu fasal. Kami jadi macam ini kerana tuanlah, suka marah-marah. Tak pernah berlembut. Tak pernah beri peluang pada kami. Sehingga bila kami dengar saja suara tuan, kami dah kecut perut. Barangkali tuan ini sakit jiwa, orang sakit jiwa bukan boleh dilayan!"

Cis! Celaka.... sergahnya dengan marah yang tak dapat dikawal lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Sesetengah manusia di muka bumi ini memang bersikap sedemikian. Hal ini sepatutnya dijadikan pengajaran dalam hidup supaya tak berperangai begitu.
Kesabaran menjadi penawarnya.
Saya akan terus menanti-nantikan hasil penulisan tuan yang seterusnya.

ONN ABDULLAH said...

sdr.
terima kasih kerana memberi perhatian dan sokongan.